Khamis, 4 September 2014

Kejohanan Sukan Tingkatan 6.

Assalamualaikum.

11,12 & 13 Ogos 2014 berlangsunglah Kejohanan ni. SMKSP hantar wakil Netball, Futsal & Badminton. 
Netball lawan kat Sri Permaisuri, first game kitaorang pukul 9.30 pagi lawan St.John. Kitaorang dalam Kumpulan I. Jumpa St.John dengan Wangsa Melawati. Perasaan masa tu tak payah cakaplah. Takut, cuak, kecut perut memacamlah. Tengok diorang semua tinggi tinggi. Kitaorang ni semua kecil, comel je. Hahaha. Lagi satu kitaorang kena main elok-elok sampai menang. Kekalkan kejuaraan tahun lepas konon.

Alhamdulillah. First game kitaorang lawan St.John menang beb! Yay! 3-1. Memang tak banyak score tapi menang tu yang penting. Hahaha. Next game lawan Wangsa Melawati. Alhamdulillah. Rezeki menyebelahi kitaorang sekali lagi. Menang. Score ? Tak ingat. Hahaha. Alhamdulillah. Dua dua game kitaorang menang. Good Job! Dapat masuk suku akhir.




Keesokkan harinya, Lagilah cuak bak hang sebab comfirm kitaorang akan jumpa Johan kumpulan & Naib johan kumpulan. Cikgu pergi cabut undi. Kitaorang akan jumpa Batu Muda. Alhamdulillah game dengan Batu Muda kitaorang menang 14-0. Lepas tu jumpa Sri Permaisuri Alhamdulillah kitaorang menang 7-1. Kitaorang dapat masuk separuh akhir jumpa CBN. Alhamdulillah SMKSP menang 14-1. Alhamdulillah Masuk Final. Yay!

Final kitaorang jumpa St.John balik. Dah macam game kumpulan I masa first day haritu. Haha. Nervous dia lain macam tau final ni. Semangat dia pon lain macam bila kengkawan datang bagi sokongan.
Alhamdulillah. SMKSP berjaya kekalkan kejuaraan tahun lepas. Yay! Menang! 




Tak sabarnya nak pergi Perak. 9 september ni kitaorang akan ke Perak wakil KL. First time tau i nak wakil Kl ni. Hahaha, lain macam dia punya nervous. Doakan kitaorang bawa balik medal ye. Doakan kitaorang.

Thanks Water girls yang banyak membantu. Hahaha, thanks ieka & Ernie yang banyak cakap itu ini bila gua nervous tahap cipan. Hahaha 
Terima Kasih. 
Selamat Hari Merdeka ! 




ASYIQIN  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan