Ni first entry tahun baru. Hahaha, takda apalah nak share. Sebab tu dah nak masuk febuari baru nak mengupdate. Dengar cerita form 6 (Sem 2) dah dapat tajuk Pbs. Hahaha, apa macam? Mohon tabahkan hati. Kalau ada baca entry sebelum ni, Eqin ada cerita pasal kehidupan form 6. Sem 2 punya huraian agak tak best nak di baca sebab tu jujur dari hati eqin yang paling dalam. Hahaha, eqin dah rasa sem 2 tu. Tapi lain orang lain dia punya pendapatkan ? So chaiyok beb!
Sebenarnya masa Eqin f6, dapat tajuk PBS macam 'pisang' sikit. yelah, merata Eqin search itu ini pasal PBS takda weh. Mati akal kejap masa tu. Bergantung kat cikgu dengan kengkawan je. So Eqin harap benda yang Eqin share ni dapat bantu koranglah sikit. Eqin nak share Proposal PBS Sejarah Eqin. Harap membantu. Good Luck!
TAJUK: SUMBANGAN DATO’ (DR) USMAN AWANG DALAM
MEMARTABATKAN KESUSASTERAAN NEGARA DARI TAHUN 1948 HINGGA 1986
1.0
Pengenalan
Usman Awang adalah seorang Sasterawan
Negara Malaysia. Beliau dikenali dengan
nama penanya iaitu Tongkat Warrant.
Usman Awang juga dikenali dengan nama pena Adi Jaya, Amir, Atma
Jiwa, Pengarang Muda dan lain-lain. Usman Awang atau nama sebenarnya Wan Osman Wan Awang dilahirkan di Kampung Tanjung
Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi,
Johor, ada 12 Julai 1929. Ibu beliau bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil. Ayah beliau seorang nelayan yang mencari dan
menjual rotan pada musim tengkujuh.
Beliau mendapat pendidikan sehingga darjah enam sahaja akibat
kemiskinan. Namun begitu, beliau berjaya menjadi seorang Sasterawan
Negara di Malaysia.
2.0 Objektif
i.
Mengkaji dan mengenali Usman Awang
dengan lebih dekat lagi.
ii.
Mengkaji sumbangan Usman Awang dengan
lebih mendalam lagi.
iii. Mengkaji sumbangan Usman Awang dalam
memartabatkan Kesusasteraan Negara.
3.0
Permasalahan Kajian
i.
Masyarakat kurang mengenali tokoh - tokoh
Sasterawan Negara.
ii.
Masyarakat tidak menghayati sumbangan
Usman Awang.
iii.
Masyarakat tidak mendalami perkembangan
sastera di Malaysia.
4.0 Skop Kajian
Sumbagan Usman Awang dari tahun 1948
hingga 1986.
5.0 Sorotan Kajian Masa Lepas
Berdasarkan penyataan yang terdapat dalam
buku “Sasterawan Negara Usman Awang”, Zurinah
Hassan menyatakan bahawa Usman Awang banyak memberi sumbangan dalam menghasilkan karya – karya yang menyentuh
tentang masyarakat Melayu.
6.0
Kaedah Kajian
i.
Kajian perpustakaan
ii.
Rujukan multimedia
7.0
Pembahagian Struktur Esei
i.
Pengenalan
ii.
Menghasilkan karya yang bermutu secara
berterusan.
iii.
Karyanya dipilih untuk diterjemahkan
dalam bahasa asing.
iv.
Karyanya dipentaskan.
v.
Kualiti karya yang dihasilkan.
vi.
Anugerah dan Pencapaian.
vii.
Pendapat Pengkaji.
viii.
Kesimpulan
8.0
Kesimpulan
Kesusasteraan Melayu sebenarnya mempunyai
nilai – nilai yang sangat bermakna dalam hidup bermasyarakat. Penulisan Usman Awang jelas mementingkan
peristiwa – peristiwa yang dilalui oleh rakyat dan penggunaan bahasa Melayu
dalam penulisannya seterusnya mengangkat martabat sastera Melayu ke tahap yang
lebih tinggi.
9.0 Bibliografi
Sumber
Primer
Arkib Negara Malaysia, 2006/0044772, Surat Usman Awang kepada
Za’ba,Arkib Negara,1958.
Sumber
Sekunder
Ahmad Awang, Siri tokoh baka : Sasterawan Negara Usman Awang, Selangor .
International Book Service, 1985.
Diselenggara oleh Dinsman dan Sutung
Umar Rs,Sikap dan Pemikiran Usman Awang.Petaling Jaya. Penerbitan Fajar
Bakti Sdn. Bhd, 1983.
Diselenggara oleh Halilah Haji Khalid,Usman Awang dalam esei dan kritikan,
Selangor Darul Ehsan. Dawama Sdn. Bhd,2006.
Muhammad Haji Salleh, Seorang penyair. Biografi sebuah benua rusuh
Usman Awang, Selangor Darul
Ehsan. Dawama Sdn Bhd,2006.
Talib Samat, Karya Terpilih Sasterawan
Negara, Perak Darul Ridzuan. Dewan Bahasa dan pustaka, 2002.
Zurinah Hassan,Sasterawan Negara Usman Awang.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka,1990.
ASYIQIN ♥
Sumber Sekunder