Selasa, 1 Julai 2014

Lawatan ke Rumah Titian Kaseh (RTK), Titiwangsa.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Setelah hampir 2 bulan dirancang oleh pengarah program 'Masih Ada Yang Sayang', semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah Dekna!
Macam macam yang MPP buat untuk kumpul dana ke RTK ni. Antara yang dilakukan oleh ahli MPP :
  • Jualan Pizza
  • Cuci Kereta
  • Jual barang & Sumbangan
  • Kutipan Derma
Alhamdulilah, orang kata nak buat benda amal tak susah. Semua berjalan dengan lancar. Rezeki diorang. Hasil daripada benda benda yang kitaorang buat tulah kitaorang bawa ke RTK.

Sedikit pasal RTK. Rumah Titian Kasih ni ditubuhkan pada tahun 1988. RTK bagi perlindungan kepada ibu-ibu tunggal dan anak yatim.Rumah Titian Kasih ini terletak berhampiran Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. 

Seminggu yang memenatkan rasa hilang terus tau bila dah selesai program ni. Pukul 8.00 pagi bertolak. Ktaorang start dengan aktiviti pertama "Gotong-royong". Beberapa group dibahagikan. Ada yang bersihkan depan RTK, hias bilik belajar, buat mural dekat tempat makan dan lain lain. Kitaorang ada 4 jam je untuk siapkan semua ni.



























Dan hasilnya. Taraaaa ~ Sebelum dan selepas









Pukul 1 macam tu ahli RTK balik daripada wayang. Dorang ada orang bawa pergi tengok wayang. Lepas solat dan makan dengan diorang, startlah first aktiviti dengan diorang. Mewarna! Setiap orang dapat satu set warna dan kertas. Excited dorang semua mewarna dengan akak abang.










Ieka punya .


Ni nama dia Adam. Rapat gila dengan Qama. Pergi memana pon dengan Qama.
Qama makan pon duduk atas riba. Adam :)





















Ni pulak Hafiz Jr. Haha, nama dia Aboi. Rapat gilo dengan Hafiz. Semua Hafiz
Seriously perangai pon dah macam Hafiz.









Yang ni nama dia Faris yang comel. Tapi, dia tak boleh dengar.

























Sambutan Hari Lahir.








Happy Birthday :)
















































































Yang sedih nak time nak balik. Bila dorang dah tanya 'Akak nak balik dah ke?' Pap. Mata berair. Haha, akak akak ni sensitif tau dik. Tetambah si Ieka ni. Sikit sikit nangis. Haha.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar sebab semua bagi kerjasama yang baik. Ni program yang besar dan semua bagi kerjasama. Good Job! Happy je ahli ahli RTK haritu. Semua layan diorang dengan baik. Dapat bilik belajar cantik. Dapat macam macam. Semua hasil kita sesama tau MPP. Walaupon penat tapi puas hati dengan semua hasil. Bagus korang ni^^ Yang penting diorang HAPPY! 
I'll miss you Faris.

Terima Kasih semua yang terlibat. Thanks lower 6 datang tolong. Thanks Ahli koperasi. Thanks cikgu. 
Good Job Dekna. Good Job Wan. Good Job MPP.

Sesiapa yang nak bagi bantuan boleh pergi Rumah Titian Kaseh ni. Ni alamat dia :


Persatuan Pengurusan Rumah Jagaan
Titian Kaseh (0733-06-WKL)
15, Persiaran Titiwangsa
Off Jalan Kuantan
53200 KL
Terima kasih semua yang sudi baca.
Jangan lupa like & Comment.
Selamat Berpuasa




ASYIQIN  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan