Sabtu, 2 Februari 2013

BESTARIAN Again ♥

Assalamualaikum , Hi February !

#FebruaryWishes ? Nak jumpa 5B lah  :/ Masih mengekalkan konsep "Setiap Gambar ada Manisnya"  Eqin nak sambunglah pasal 5B buah hati intan payung eqin ni . haha , 1 entry mana cukup . Dah baca yang ni ? Bestarian . Belum ? Bacalah dulu .







Haa , nampak tak ke'Happy'an kitaorang . Teserlah gitu . haha , Ni masa bulan puasa . Pergi berbuka sama sama kat Kampung baru . tapi sayangnya , tak semua dapat ikut . Ada yang kena masak untuk suami , Anak tak sihat . Tu pasallah dorang tak dapat ikut . haha , Budak baik gitukan ? Pakai Baju kurung dan Baju melayu tau . Sopan je . Haha , Best sangat hari buka puasa ni . Baca doa , makan . Solat . How sweet ~ Balik di'escort' oleh jejaka 5B bermotor . haha , terasa macam Queen gitu . Cehh , perasan . Akhirnya , semua selamat sampai rumah .Harap tahun ni ada aktiviti cenggini lagi :')






Puasa dah , comfirmlah lepas tu raya ken ? haha , time to 5Bestari beraya sakan . Oh , masa ni sambutan hari raya kat SMKB . Meriah ? eh , comfirmlah . the best raya ever ! Tengoklah tu , yang lelaki sempat berPoyo , yang perempuan ? buat apa tu ? haha . Sesi bermaafan lah paling sedih . Mengis nangis , teresak esak . Haa , nampak sangat banyak dosa . haha , selesai calit hingus dekat baju kengkawan . Tak payah pakai tisu segala . Oh , tak dirancang . kitaorang macam berFamily gitu . Ada yang sedondon . 




Kami 4 sekeluarga rupanya . haha , Lawa lawa , kacak kacak anak anak 5B ni . Haha , asik memuji je qin . kahkah Cerita yang baik kan baguih namanya . tak gitu ? hihi . Sesiapa pon kalau pakai baju macam ni yang tak lawa pon jadi lawa . Seriously ~  Kitaorang berkelah kat Dataran Ar-Rahman sama sama . yang tak dapat dilupa mayna lah . Buat masuk apa tu dalam beg ? haha . 



 Time gila , kita gila . Time serious , seriouslah .  Cikgu pon layan jelah . Oh , untuk pengetahuan semua . 5B semuanya gila bergambar . Diamana lensa kamera dihalakan , Disitu pasti ada muka muka 5B . haha , bahasa kasarnya . menyelit . kahkah . 




Yang ni takda kena mengena dengan 5B . Tapi dioranglah form 5 yang memeriahkan SMKB gitu . haha , Anggap je ni iklan . Inilah saat saat yang dapat diambil untuk tahun akhir :'/  Nasib semua baguih nak tangkap gambar . Sebenarnya , kalau nak cerita pasal raya memang 10 post pon tak cukup . haha . 







Ini cerita sedih . Yelah , nilah event terakhir 5B . Semuanya , Cantik , Handsome . Biasalah , Graduasi kot . Tempah baju sakan yang perempuanlah . Jangan tanyalah berapa habis . Banyak . Sungguh . Nak beli baju baru , Kasut baru , tudung baru . Haaa , Kan cantik semuanya . High heels gitu  semuanya . Tapi una ? haha , gurau . hehe . Semua macam Datin uollss ~ Yang lelaki pon bukan main haa kau . Kacak berkemeja . Tali leher , kasut dah macam orang koporat gitu . kahkah .  Habis majlis gilang gemilang SMKB ni . sebahagia daripada 5B meluangkan masa bersama again di TS . Memang seharian tengok muka diorang je . hihi :)



Oh Apakah ? haha

I hope , kita kawanlah sampai dah becucu cicit okay . kahwin jangan lupa ajak Sambung belajar tau . Kerja elok elok , take care . Solat jangan tinggal k . Nanti dah berjaya ingat ingatlah SMKB , 5B . Sungguh ! Kawan dengan koranglah paling BEST ! I miss you . Rindu nak duduk kelas tu lagi *lap air mata*  Lagu Sahabat - Najwa Latif tu lagu kita kan ? haha i love you i love you Bestari ♥ Thanks my pembaca . jangan lupa Like :) Thanks ! Assalamualaikum . Kalau nak suruh eqin datang blog korang tinggal tingallah di Shout Box tu . Thanks !


ASYIQIN   

Jumaat, 1 Februari 2013

BESTARIAN ♥

Assalamualaikum , 

 My Superb Buddies ! Bestari'SMKB ? Siapa tak kenal ~ haha , Ceh , poyolah! 26 penghuni . 10 gegadis jelitawan , menawan , cantik , menarik kau memang Debommm ! Haa , tak gitu . hehe , dan 16 jejaka tampan , kacak , handsome , idaman malaya gitu . Ada yang single , ada yang dah 'Berpunya' . Berminat ? haha . Pergi ngorat sendiri . hihi :) Ada yang pendek , tinggi , kecik , besar . Senang cerita macam macam ada . Macam iklan Astro tu . Macam macam yang kitaorang lalui bersama gitu . Dua tahun hidup bersama . Gaduh ? Nangis ? Suka ? Ketawa ? Benci ? Semua dah dilalui . Ada satu Mama dan satu Mummy . Norzanadiyah 'Mama' dan Wan Roslizawati 'Mummy' . Dengan memikul Subjek subjek seperti yang dibawah sambil mencipta kenangan bersama . 

  • Mathematics(Cikgu Farizah) , Chemistry(Cikgu Nad) , Physics(cikgu Zailani) , Additional Mathematics(Cikgu Syahrul) , Account(Cikgu Wan) , B.Melayu(Cikgu Jamilah) , B.Inggeris(Teacher Kanes), Agama(Ustaz Wan) ,Sejarah(Cikgu Rosliza) .



Baris Atas dari kiri : Sai , Wan , Syak , Afiq , Syafiq , Fad , Ajim , Syuk .
Baris tangah dari kiri : Adib , Iman , Jyjye , Amin , Jamal , Hafizi , Zubair , Nad .
Baris Bawah dari kiri : Mayna , Mash , Atiq , Yana , Eqin(me), Priya , Wani , Eja , Fatin , Yusna .

Superb , Awesome , Gorgeous semua dekat dorang . haha , bukan nak katalah . Kitaorang rajin mencorakkan kelas . haha , bukti ? Pergilah SMKB sana tengok . haha , Harap Adik adik yang duduk kelas tu boleh jaga macam mana kitaorang jaga . Masalah selalu datang menguji tahap kesabaran setiap yang ada kena mengena dengan Bestari , Daripada cikgu sampailah kitaorang sendiri  . Pernah dibenci kan kan . tapi takpa . Kesabaran 5B teguh kukuh gitu . haha . Antara kejaayan yang dicipta 5B :
  • Adalah dalam 10 above kita menang kelas terbersih .
  • Juara  Hiasan kelas hari kemerdekaan '11
  • Naib juara pertandingan nasyit untuk Maulidur Rasul '11
  • Juara sketsa minggu Bahasa (BI)'12
  • Naib Juara sketsa minggu bahasa (BM)'12
  • Naib juara Hiasan Kelas Hari Kemerdekaan '12
Banyak lagi sebenarnya . haha , Cis! berlagak . bukan berlagak . Hanya menulis sejarah . haha , Ketawa bersama , menagis pon bersama . Kalau nak cerita pasal sedih , tak syoklah . So , ayuh cerita yang happy happy je okay ! 
Beloved Teacher ♥

Yang berbaju Oren tu cikgu Wan 'Mummy' mengajar  Account ♥ Berbaju merah yang bergitu Sporting gitu cikgu Nad 'Mama' mengajar Chemistry ♥ Dua dua eqin sayang , dua dua pon eqin Rindu :'/  Cerita pasal kenangan Manis eh ? Oh , eqin buat macam iklan yunalah pulak . 'Setiap gambar ada kisah manisnya' Haaa gitu kau ~ haha , so merujuk pada gambar , eqin cerita okay ! Good .Ya Allah , poyonya ayat qin :) 




Tudia gambar masa hari kantin . Dengan larisnya makanan habis dijual . Syiok sungguh berniaga . Pulangan ? Pehh , menggilakan . haha , Makanan yang dijamin bersih gitu . tahun ni takdapat dah SMKB nak merasa . Haha , Ada hadiah menanti pembeli tau . manada kedai nak buat macam tu . Dengan Loudspeaker oleh mayna , lagi ramai customer datang . haha




Jamuan paling superb ! Haha , Jamuan ni sambut Birthday , setiap 3 bulan kitaorang sambut . Setiap Sambutan mesti ada game . haha , Haritu kitaorang kecohkan blok D dengan 'Running Man' haha , untuk sambutan kalini kitaorang main AIR ! Tak pernah dibuat orang . basah lencun semua . Kitaorang tunggu pengetua balik dan , bermulalah game . Haha , dorang memang The Best Buddies Ever . Sporting ! Adil dan saksama , semua kena . kahkah . Pelbagai senjata , pelbagai taktik . Dah lancarkang Perang ! haha , Ala ala battleship gitu . Main curah curah air . Balik naik bas , semua orang pandang sinis je . haha ,dalam hati orang tu kata " hari tak hujan tapi basah kuyup je budak ni -,-" haha , nampak . Boleh baca hati orang aku ni . haha
Hmm , rasanya dah panjang melampau . Izinkan saya menyambung lagi 3 kisah manis sampai kena kencing manis di Part 2 mungkin . insya-Allah :) Terima Kasih Daun Keladi . Like lah sekali . Bai , Assalamualaikum Blogger ♥

ASYIQIN