Ahad, 25 Januari 2015

Proposal PBS Sejarah

Assalamualaikum,

Ni first entry tahun baru. Hahaha, takda apalah nak share. Sebab tu dah nak masuk febuari baru nak mengupdate. Dengar cerita form 6 (Sem 2) dah dapat tajuk Pbs. Hahaha, apa macam? Mohon tabahkan hati.  Kalau ada baca entry sebelum ni, Eqin ada cerita pasal kehidupan form 6. Sem 2 punya huraian agak tak best nak di baca sebab tu jujur dari hati eqin yang paling dalam. Hahaha, eqin dah rasa sem 2 tu. Tapi lain orang lain dia punya pendapatkan ? So chaiyok beb!

Sebenarnya masa Eqin f6, dapat tajuk PBS macam 'pisang' sikit. yelah, merata Eqin search itu ini pasal PBS takda weh. Mati akal kejap masa tu. Bergantung kat cikgu dengan kengkawan je. So Eqin harap benda yang Eqin share ni dapat bantu koranglah sikit. Eqin nak share Proposal PBS Sejarah Eqin. Harap membantu. Good Luck!


TAJUK: SUMBANGAN DATO’ (DR) USMAN AWANG DALAM MEMARTABATKAN KESUSASTERAAN NEGARA DARI TAHUN 1948 HINGGA 1986
1.0  Pengenalan      
Usman Awang adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia.  Beliau dikenali dengan nama penanya iaitu Tongkat Warrant.  Usman Awang juga dikenali dengan nama pena Adi Jaya,  Amir,  Atma Jiwa,  Pengarang Muda dan lain-lain.        Usman Awang atau nama sebenarnya  Wan Osman Wan Awang dilahirkan di Kampung Tanjung Lembu,  Kuala Sedili,  Kota Tinggi,  Johor,  ada 12 Julai 1929.  Ibu beliau bernama Halimah,  telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil.  Ayah beliau seorang nelayan yang mencari dan menjual rotan pada musim tengkujuh.  Beliau mendapat pendidikan sehingga darjah enam sahaja akibat kemiskinan.  Namun begitu,  beliau berjaya menjadi seorang Sasterawan Negara di Malaysia.

 2.0 Objektif
i.                     Mengkaji dan mengenali Usman Awang dengan lebih dekat lagi. 
ii.                   Mengkaji sumbangan Usman Awang dengan lebih mendalam lagi.
iii.      Mengkaji sumbangan Usman Awang dalam memartabatkan Kesusasteraan Negara.

3.0  Permasalahan Kajian         
    i.            Masyarakat kurang mengenali tokoh - tokoh Sasterawan Negara.
       ii.            Masyarakat tidak menghayati sumbangan Usman Awang.
      iii.            Masyarakat tidak mendalami perkembangan sastera di Malaysia.

4.0  Skop Kajian      
Sumbagan Usman Awang dari tahun 1948 hingga 1986.

5.0  Sorotan Kajian Masa Lepas      
Berdasarkan penyataan yang terdapat dalam buku “Sasterawan Negara Usman Awang”,  Zurinah Hassan menyatakan bahawa Usman Awang banyak memberi sumbangan dalam  menghasilkan karya – karya yang menyentuh tentang masyarakat Melayu.

 6.0  Kaedah Kajian 
                   i.            Kajian perpustakaan
                  ii.            Rujukan multimedia

7.0  Pembahagian Struktur Esei    
                i.            Pengenalan
                  ii.            Menghasilkan karya yang bermutu secara berterusan.
                iii.            Karyanya dipilih untuk diterjemahkan dalam bahasa asing.
                iv.            Karyanya dipentaskan.
                 v.            Kualiti karya yang dihasilkan.
                vi.            Anugerah dan Pencapaian.
              vii.            Pendapat Pengkaji.
             viii.            Kesimpulan

8.0  Kesimpulan 
      Kesusasteraan Melayu sebenarnya mempunyai nilai – nilai yang sangat bermakna dalam hidup bermasyarakat.  Penulisan Usman Awang jelas mementingkan peristiwa – peristiwa yang dilalui oleh rakyat dan penggunaan bahasa Melayu dalam penulisannya seterusnya mengangkat martabat sastera Melayu ke tahap yang lebih tinggi.

9.0 Bibliografi 
Sumber Primer      
Arkib Negara Malaysia, 2006/0044772, Surat Usman Awang kepada Za’ba,Arkib Negara,1958.

Sumber Sekunder
      Ahmad Awang, Siri tokoh baka : Sasterawan Negara Usman Awang, Selangor . International Book Service, 1985. 
       Diselenggara oleh Dinsman dan Sutung Umar Rs,Sikap dan Pemikiran Usman Awang.Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1983. 
      Diselenggara oleh Halilah Haji Khalid,Usman Awang dalam esei dan kritikan, Selangor Darul Ehsan. Dawama Sdn. Bhd,2006. 
       Muhammad Haji Salleh, Seorang penyair. Biografi sebuah benua rusuh Usman Awang, Selangor Darul Ehsan. Dawama Sdn Bhd,2006. 
     Talib Samat, Karya Terpilih Sasterawan Negara, Perak Darul Ridzuan. Dewan Bahasa dan pustaka, 2002. 
      Zurinah Hassan,Sasterawan Negara Usman Awang.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka,1990.









ASYIQIN