Selasa, 23 Disember 2014

19 tahun & Baju sekolah.

Assalamualaikum. 


Kelakar tak tajuk ? hahaha, pilantaklah.


6 Atas 2.




Alhamdulillah habis dah zaman persekolahan. Lepas ni takda dah tingkatan 7 ke hape. So ni comfirm lastlah pakai baju sekolah melainkan si Ieka tu suruh pakai baju sekolah datang wedding dia nanti. (Sebab ada ura-ura nak kahwin tema sekolah. hahaha). Eqin antara insan-insan terpilihlah pakai baju sekolah sampai umur 19 tahun ni (padahal tak dapat masuk u) .Sejukkan hati sendiri. Hahaha.

Bagus juga masuk form 6 nih. Banyak gila belajar benda baru. Dalam masa setahun setengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai (SMKSP), berjayalah juga mengumpul 1001 kenangan pahit  + manis tahap kencing manis. Kawan pon dah macam macam gua jumpa. Nanti kat luar sana mesti lagi lain macam agaknya. Hahaha, rambut sama hitam, hati lain-lain orang katalah.

Setahun setengah bersamaan 3 sem, belajar Sastera dengan Cikgu Ahmariwan, B.Melayu dengan Cikgu Rosmina, Sejarah dengan Cikgu Maimon, Pengajian Am dengan Cikgu Anisah & Muet dengan Sir Terrence. Seronok! Cikgu cikgu memang the bestlah bak hang. Antara orang yang takkan dilupakan. insya'Allah. Terima Kasih cikgu atas semuanya. Mintak maaf kalau tidur ke dalam kelas, tambah-tambah 5 kat belakang tu. Ikut suka hati depa je nak tidur. Halalkan ilmu yang cikgu bagi dan doakan kitaorang. I love you :)

Benda paling tak boleh lupa kat form 6 of course Kejohanan Sukan Tingkatan 6. Hahaha, mentang-mentang menang tu yang paling tak boleh lupa. Hahaha, lagi satu tu memang benda baru bagi eqin. Dulu main kat bawah flat ni je. Lepastu wakil sekolah selalunya sangkut sampai peringkat kumpulan takpon suku akhir. Ni menang weh. Wakil KL pergi Perak lagi. Lepas tu takyah cerita eh. Hahaha, takda rezeki. Jumpa semua juarakan. Haha


Good luck yeh next year adik-adik :)

Tapi ada yang lagi gila tak boleh lupa. Kawan. Macam-macam tau kawan yang eqin jumpa. Yang ada setiap masa sampai satu tahap muak jugak rasa hahahaha Sado ! Tapi tak jumpa rindu pulak rasa. Susah senang dengan dioranglah. Macam macam kena pon dengan dioranglah. Hahahaha, diorang THE BEST gila nak mati.


   Ni gambar last paper haritu. Hafiz, Megat, Awie, Naza, Syahmie, Wan, Eqin, Ieka, Emy, Qama , Yana. My ST! Hahaha




Lepas cuci kereta.

Masa hari guru.

Karnival Futsal.





Lepastu paling paling paling tak boleh lupa pergi RTK. Insya'Allah ada masa comfirm eqin akan pergi sana. Best! Event ni paling penat. Tapi puas.



Oh lupa lagi satu. Kenangan bergelar PENGAWAS. Lagilah macam macam tau. Sedih sebenarnya hidup sebagai seorang pengawas ni. Hahaha, buat semua salah orang nampak. Kumpul Haters lah senang cerita. Hahaha, tapi bagi kitaoranglah kan untuk sedapkan hati masing-masing supaya jalankan amanah dengan baik, lagi banyak kau punya Haters bermakna kau dah jalankan tugas kau sehabis baiklah tu. Suka hati jekan buat prinsip sendiri. Hahaha. Pengawaskan selalu 'keret tahap cipan'. Tapi tak semua. Kakak kakak cantik macam Yana Dekna baik je, banyak peminat lagi. Yang pandai tarik hati budak serah kat Qama & Ieka. Tarik hati bebudak perempuan serah kat KP ye, Naza. Hahaha, Mula-mula jadi pengawas tu memacamlah. Dah lamatu okay je. Baik budak Sri Pantai ni. Benda yang takleh lupa dalam pengawas comfirmlah yang kena jahit lencana tu. Hahahah, ingatkah kau wahai kawan-kawan yang kita kena jahit lencana bebudak tak pakai lencana? Hari jumaat. Dalam surau. Sekolah kau ada ?

Lepastu setiap isnin kena pakai blazer sampai lecak ketiak. Haih sabar jelah. 


Anak buah Naza. 


Kakak & abang exco yang baik hati.

Keseluruhannya :
Sem 1 - Enjoy. Belajar (Tak stress). Pengawas (Stress terok)
Sem 2 - Stress gila. Tak tipu. Kau akan jumpa kawan-kawan yang pagi-pagi lagi muka dah tak berani nak tegur. Hahaha, sem 2 memacam jadi. Gaduh sana sini. Stress weh! (PBS). Kalau dulu Yana nangis setahun sekali. Tapi sem 2 ni tak terkira kalah si ieka (si ratu air mata). haha. Lepas tu semua asyik sakit. Stress sangat agaknya. Sem ni memang macam nak mati penat dia. Dan dan time tu lappy nak rosak, printer taknak keluar kertas, pendrive virus.Sementara nak siap PBS boleh gila.Dengan duitnya habis.
Sem 3 - Tak tahu nak ckp macam mana. Sebab satu tahap eqin asyik tak datang sekolah. Jadi tak seronok. Tak tahu lah kenapa.Dah bosan pakai baju sekolah agaknya. Thanks yang banyak bagi semangat suruh pergi sekolah. Hahaha


Orientasi .


Suka gila gambar ni. Hahaha, inilah yang berlaku bila cikgu cakap "Take 5". Tapi kitaorang take forever and ever. hahaha, mengantuk sangat ni. Sadat je nampaknya masih bertahan. Bukan masa sejarah je. Bila masa rasa nak tidur, kitaorang tidurlah. Haha. tambah tambah dua orang kat belakang sekali tu (kanan), ikut suka hati dia je nak tidur bila. Eh lagi sorang, Yana (belakang syahmie) eh tak nampak pulak. hahaha. 

Alhamdulillah. Mana-mana pon boleh je belajar. Setahun setengah yang mengajar kau memacam. Jatuh bangun sama-sama. Berlajar, mengajar sesama kita. Minta maaf dan memaafkan. Gelak, menangis, mengejek macam orang lain. Bezanya kita kat sekolah. Buatnya lepas ni jadi cikgu. Sekolah lagilah nampaknya. Hahaha.Tapi seriously yang sambung form 6. Sem 2 korang kena kuat. Cari kawan yang betul-betul boleh tolong kau. Yang tak kedekut. Ya Allah, sem 2 memang menguji sangat. Yang tak kaki gaduh boleh gaduh. Yang tak kurang ajar boleh jadi kurang ajar. Muka dahla semua macam nak gaduh je sepanjang sem 2.Mintak maaflah kalau masa sem 2 ada marah ke. Kadang-kadang tak sedar. Punyalah stress. mana tak stress kalau hari hari tidur lewat siapkan kerja khusus tu. 

Good luck semua kawan form 6! Kita dah buat sehabisnya. Insya'Allah ada rezeki masuk U. Ada jodoh jumpa lagi ye. Yang dah jumpa jodoh jangan lupa eqin nak kad. Hahaha

Terima kasih untuk setahun setengah yang macam-macam ni. 
Terima kasih cikgu-cikgu yang disayangi. 
Terima kasih kengkawan. 
Terima kasih SMKSP. 
Terima Kasih 6 atas 2. 
Terima Kasih bilik pengawas, banyak sangat kenangan dalam tu. hehe

Masa untuk cari kerja!

Terima Kasih baca entry ni. 
Assalamualaikum.







ASYIQIN  

9 ulasan:

  1. Perh..hahaha... sedih2..huhu tunggu nanti yang wan punya lak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang sedihnya. Hahaha, make sure ada gambar aku.

      Padam
    2. sedih ar.. sbb dah last day sekolah.. lepas semua dah jauh2..

      Padam
  2. Haha...terbaek laa ikin.. ni kalau pasang lagu kitaro ni compom boleh banjir mata..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Pehal kau ? Duduk sana diam diam. Hahaha

      Padam
  4. nie bleh wat novel nie haha, nasib baik aku x nangis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha , Tak sedih pon. Takyah nak nangis sgt.

      Padam