Khamis, 7 Ogos 2014

3 Ogos 2014 / 7 Syawal 1435

Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya.

Alhamdulillah. 3 ogos 2014 genap umur aku 19 tahun. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana aku masih bernafas. Terima Kasih Mak Siah & Abah Saat yang sabar dengan karenah Eqin selama 19 tahun ni. Terima Kasih semua yang menjayakan Surprise birthday harini. Haha, suprise sangat uolls.



I love you Mak & Abah


Bangun pagi je bau kuah laksa. Tanya Mak kenapa masak laksa bebanyak ni. Mak kata kawan Fana nak datang. Kfine. Buat makan makan kengkawan dia je ajak. Asal aku tak tahu? Aku pon nak jugak ajak kengkawan. Takpalah. Mak kata Fana bagi duit suruh buat semua ni. 

Lepastu Amat bangun dia kata 'Kawan Amat pon datang jakgi' . Apahal amat ajak kawan dia jugak ni ? Hok aloh. Asal aku tak tahu pape pon ni ? Kawan aku macam mana ? Mak cakap lain kali buat lagi, nanti ajaklah kengkawan. So aku pon Okaylah. 

Lepas zohor macam tu siap siaplah. Kang kawan Fana sampai. Tiba tiba, ada orang ketuk pintu. Akak aku bukaklah. Ajak masuk. Dia ingat kawan Amat. Aku keluar bilik nampak Zubir (Kawan 5B dulu) 'Eh Zubir?' Aku tak ajak sorang pon kawan aku tau. Macam mana Zubir boleh tahu yang harini ada makan makan kat rumah aku. Hahaha, Zubir cakap Yana pon datang. Eh , aku tak tahu time tu nak buat apa. Aku tak faham semua ni . Apani ? Hahaha, Yana pon aku tak ajak. Aku masuk  bilik jap. Zubir keluar. 

Lagi satu perkara pelik berlaku. Hahaha Naza call. Semata mata nak ucap Selamat Hari Raya dengan Happy Birthday. Hah ? Apa pulak ni woi. Pelik ni. Naza boleh je kot mesej ke, tweet je, kenapa sampai call ? Kau tak rasa pelik ke ? Hahaha

Tiba-tiba bunyi 'Happy birthday to you~' hahaha, Surprise! kengkawan akulah. Kengkawan 5Bestari ada kengkawan form 6 pon ada sambil bawak Kek. Ah, terharu uolls. Pandai kau kak buat plan. nasib tak kantoi Zubir tadi. rupa-rupanya Zubir terlepas daripada rombongan. Yeay! birthday Suprise. Makin besar makin best bak hang sambut hari jadi. Haha. Terharunyaaaaaa ~ Thanks Mak, Abah, Nina, Nani,Fana,Amat. Rupanya, hari nak buat birthday aku sambil open house gitu. Laaaa, patut mak masak Laksa. My favourite tau! Iloveyou Mak!




Terima Kasih Amat yang disayangi belanja i Cool Blog.

Thank You Abang & Nina & Athif bagi i coklat. hehe 


Yana buat tau. Terharu :'/


Kengkawan Form 6 / Sado Team ^^

Kengkawan 5Bestari :)

Budak Ogos :) 

Terima Kasih Una, Jyjye, Zubir. Thanks sangat. tak sangka korang pon datang. 

Una(yang Baju biru),Yang Birthday dengan i,
Happy Birthday Sayang. May Allah bless you. Harap persahabatan kita berkekalan, Belajar rerajin. Stay cute! And be happy nah. I love you kembar lain Mak Ayah :) 

Kengkawan yang tak sempat nak ajak tu. Sorry eh. Eqin pon tak tahu yang haritu ada makan makan. Sorry :/ Serius eqin tak tahu yang ada semua ni. 

Mintak maaf ada salah silap, apa apa yang terkasar, Kosong kosong ye ? Yang tak terlayan ke, tak ajak. Sorry. 

Terima Kasih Semua. 
I'm Happy! 





ASYIQIN