Ahad, 4 Ogos 2013

3rd August ^^

Assalamualaikum ^^

Awak awak tahu tak hari ni hari apa ? Harini genaplah usia aku 18 tahun . Alhamdulillah . Macam tak percaya 18 tahun dah Mak Abah besarkan aku . Semua mak dengan abah dah bagi . Bila masa untuk membalas ? Insya'Allah . 18 tahun aku hidup , tahun nilah surprise paling paling paling best yang pernah aku dapat . Seriously ! Daripada kawan kawan yang baru aku kenal tak sampai 3 - 4 bulan pon . Bau kentot pon tak cam lagi . Hati budi pon tak kenal lagi . Tapi tak sangka  , dah macam adik beradik rasanya tadi . Koranglah orang paling awal wish birthday aku 6R1 dan 6R2 :') Tak sangka korang boleh buat surprise macam tu . Sampai mengalir air mata mahal aku . Sampai nak update blog pon mata aku berair . Terharu weh :/ Aku menangis tapi aku gembira gila . Sumpah !

2/8 last day sekolah . Lepas tu cuti raya . Masuk kelas pagi pagi tu , Yana bagi aku hadiah katanya , berbalut surat khabar . Budak kelas aku tersayang nyanyikan 3 buah lagu kau . Hahaha , Happy Birthday , Selamat Hari jadi dengan Allah selamatkan kamu ^^ Lepas tu bukak lah hadiah , aku dapat tisu . Kat tepi tepi tisu tu ada banyak lah jugak bedak . Tak tahu pulak yang dorang nak main calit calit bedak . hahaha , putih kejap muka i macam Hanez Suraya kata Yana . Perli habis . Hahaha , Perasaan bila dapat hadiah birthday tisu ? of course weh , muka dengan mulut semua relax je . Aku terima . At least , korang ingat birthday aku . Tapi dalam hati ? hahaha , tapi seronok main calit calit bedak . Kreatif ! Thanks 6R2 , menceriakan hariku . Cewah . Hahahah .

Malam tu kitaorang ada Majlis Berbuka Puasa 6R1 dengan kelas aku , 6R2 dan Miss Wong . Cantik cantik , Handsome handsome semua berbaju kurung dan berbaju melayu . Fewwittt . Mary paling lawa laa . Serious .


















 Lepas tu , pergilah maghrib dekat Masjid belakang kedai ni . Dah siap solat ,  Mas betulkan tudung dia bukan main lama . Jap lagi Yana datang dengan  muka bengis tahap dewa . Akma pon pandai pulak dah berlakon . Kononnya cuak tengok muka Yana macam tu . Tak pernah tengok yana marah sampai jeling kitaorang sampai naik juling mata dia . Jalan nak dekat sampai kedai tu , nampak lilin . Hmm , aku ni mempunyai hati yang lembut . Cewah . Hahaha , baru nampak lilin mata dah bertakung air . Masuk je kedai dorang nyanyi Happy birthday to you ~ Heish . segan aku . Semua orang dalam kedai tu pandang aku . Dahlah muka buruk dengan nangisnya dengan hingusnya . hehehe , seriously terharu weh . Tak sangka . Kecoh kedai tu . Dapat hadiah . Tu yang best sekali . Hahaha










Taraaa , ni lah hadiah yang aku dapat . Thank You to 6R2 sebab kumpul duit bagi tudung , kek dengan tisu . Thank You Naza bagi coklat . Aku gurau je , tak sangka dapat . Ekceli , aku mintak yang besar kan ? haha Thank You 6R1 sebab bagi pinggan yang tulis Happy Birthday tu . Tak sangka dapat hadiah daripada korang jugak . hehe Thank you thank you thank you :) Btw , sedap kek Syahmi buat . Serious . Classmate ku , Jutaan Terima Kasih :* Hadiah , kek dan surprise surprise yang diberikan .








Korang orang paling first yang wish , kalah Hotlink tau . Selalunya , Hotlink orang pertama yang wish kat aku . Hahaha , kalau boleh bagi anugerah birthday wish terbaik aku bagi kat Fatin laa . Dia prank aku dulu , besok baru wsh . Dengan ayat yang sangat menusuk kelabu . Terharu bila ex-classmate 5Bestari wish birthday aku . Korang ingat aku lagi ? Terima kasih . Sayang korang gila gilaaaaa :* Tapi , sedih . Abah cuma bagi 'Happy Birthday' Je . Tak dapat hadiah dari sesiapa pon dalam rumah ni :'/ Takpalah . It's okay babeh :) Saya okay , kawan kawan saya dah bagi surprise yang gempak ! Seriously , Korang yang terbaik . Semoga kita sentiasa macam malam haritu . Rasa macam satu family besar . Aku teringin sangat nak dapat birthday wish daripada Hafiz Zainal . Tapi , takpalah . Takda rezeki kot . 
And , En.Google bagi aku ni .


Thanks En.Google .

 With Qama .

 With Dekna .

With Yana .

 With Eka .

With Akma .

With Emy .

Aku harap aku dapat lah bawak Form 6 ni . Dapat jadi kawan yang baik . Dapat jadi anak yang solehah . Dapat jadi hamba Allah yang baik . I love my self and i try to love my teeth . Hahaha . Terima kasih semua yang wish birthday eqin kat Fb , Ada yang text , ada yang datang wish depan batang hidung , ada yang wish melaui call okay . Thanks ! Maafkan kalau ada salah silap sepanjang perkenalan . Selamat Hari Raya eberibodi :) Jangan lupa Like :* Love you friends !


Eh , lagi satu . HAPPY BIRTHDAY to Noor Husna Binti Yusman :) My lovely adik :) Selamat Hari Jadi sayang ! Sorry takda hadiah noh . 



ASYIQIN