Jumaat, 31 Mei 2013

Orientasi Tingkatan 6 .

Assalamualaikum :) 

8 Mei 2013 , Aku , Fatin , Yana , Mash dan Wani bangun pagi , sarung baju sekolah AGAIN dengan sangat berat hati . Allah je tahu . Mana tak berat hati , Haritu habis SPM baju berconteng , buang tah mana mana . Korang yang dah habis SPM lepas ni . Simpan baju elok elok tau . Manalah tahu nasib korang macam kitaorang ni . Hehehe . Dengan beratnya hati sekali lagi berjalan beramai - ramai pergi daftar form 6 kat SMK Sri Pantai .  

Minggu orientasi kitaorang dah lalui . Semakin termakan segala pujuk rayu , Kitaorang masih lagi menunggu dan mengharapkan Result UPU macam orang lain . Semakin seronok dengan situasi sekolah . Yeay , bagusnya tentang kitaorang .*Okay puji diri sendiri . Hahaha Kitaorang merindui alam persekolahan . Seriously ! Tapi tulah , sekolah lain , kawan kawan lain , yang sama hanyalah Makcik kantin . K tension kejap . Hahaha , Hai Cik Ros ! Makanan sama lagi ke rasa Cik Ros ? *Sigh*




Sucikan muka budak sekolah ? Hahaha , muka macam takda masalah . Siapa tahu ? Tahukah korang, bila masuk form 6 ni tak semua akan sokong kau. Melainkan family, kawam. Tu pon tak semua yang bernama kawan tu bagi semangat .Sama jelah Kolej ke , Poli ke , Matrik ke . Semua nak ke menara gading . Cuba beza pakai baju sekolah . Dan kitaorang akan meneruskan misi ini ! Yeah ! Rezeki kat situ nak buat macam mana.

Ekceli , STPM dah tukar format . Bukan macam dulu . Ada kata susah , ada kata senang . Insya'Allah kitaorang boleh lalui . Kitaorang kan Kuat ! okay , tengoklah kitaorang duduk dalam bilik AVA mencipta kenangan . hahaha , biar gambar mencerita segalanya :) Hahaha . Sangat tak berfaedah . 





Tengok apa ? Hahaha ,biarlah Fatin dengan aku je yang tahu :)

Baca buku sangat ~ Hahaha

Hahaha , dah laa eh . Belum start belajar lagi . Insya'Allah naik cuti ni bermulahlah sesi pembelajaran dan kitaornag kena study gila lebih daripada form 5 dulu dulu . Bulan sebelas nanti first exam kitaorang . So , Doakan kami ! To Yana Fatin Mash Wani Akma Naza Syuk , Good luck . We can do it ! Yeah , Insya'Allah kita pon akan merasa ke menara gading . 
Thank You sudi membaca . Jangan lupa 'Like' 'Follow' . Bai Assalamualaikum :)

ASYIQIN   

Ahad, 5 Mei 2013

Happy Mother's Day , Mak ♥

Assalamualaikum .

Asal berabuk belog . Barulah teringin nak kemas . Hahaha , memandangkan Hari Ibu dah semakin hampir ni . Inginku memberi ucapan sepatah dua kata . Ekceli , kitaorang sambut Hari Ibu awal tahun ni . Sebab kakak aku tengah cuti . So dapat la sambut se'Family . Eh , tak salah sambut Hari Ibu awal . Hari hari pon Hari Ibu apa .


I love you foreber Mak , Abah ♥
Samsiah Binti Safar . Seorang Mak yang paling ohsem *ofcourse semua anak kata mak dia ohsem . Mak is the best ! Untung sangat ada Mak yang pandai memasak segala macam , pandai buat kuih segala macam . Tak pernah Mak tak masak untuk Abah dan anak anak comel dia . Kecuali Mak tak larat sangat . Mak pandai jahit baju . Dulu baju raya Mak je yang jahit . Sekarang dah pencen . Haha . Gila tak sayang . Dialah Mak , Dialah penceramah bebas , Dialah Chef , Dialah segalanyaa . Biasalah , kalau bebel tu . Kekadang kalah Ustaz Don . Ustaz Don 30 minit je . Mak boleh cecah sehari . Hahaha

Mak ♥

Masa hujan lebat lebat tadi . Aku dengan Fana pakai tudung . Mak tanya ' Nak p mana ni ? Hujan lebat '
Aku 'Nak pergi Petronas beli beras' Hahaha , tak pandai langsung buat alasan . Hahaha , Mak baru berehat . Fana bawak keluar cake terpacak lilin sebatang . Potong cake , tangkap gambar , bukak hadiah . terus Mak tak jadi nak tidur . Eksited agaknya dapat phone baru . Mak 'Aku tak reti nak touch touch ni' Hahaha





Kenapa tak semua pon ? Hahaha , yang lain pemalas nak sarung tudung . So , takda gambo le. Hahaha , Cake daripada Four Leaves . Mak dapat hadiah Phone . Ahh , jeles kejap . Aku nak phone baru jugak kak . Hahaha , nanti birthday aku tau tau . 

Doa eqin 'Mak , semoga panjang umur , dimurahkan rezeki , sihat selalu , May Allah bless you . Harap bersabar dengan segala perangai anak anak Mak yang kiut miut belaka ni .' Ceh ! Hahaha

Thankyou datang baca . Jangan lupa LIKE , FOLLOW :) Hahaha , eh . Dah . Ayuh kita menunggu result Pilihan Raya ! Bai . Assalamualaikum .


ASYIQIN