Khamis, 31 Januari 2013

Zaman Persekolahan III

Assalamualaikum ,

Ada permintaan gitu episod seterusnya . haha , kak Fana aku cakap , manada orang update pasal diri sendiri . Ni bukan cerita diri sendiri . Saja nak share kehidupan aku sebagai seorang pelajar gitu .  Haha . Kalau belum baca lagi episod I dengan dua II . Nah ini Zaman Persekolahan I , Zaman Persekolahan II .

Darjah 5 .
Aku tukar sekolah balik . Sekolah bangsar . Wah , Rindu gitu nak sekolah sini balik . Hmm , aku ada ramai kawan darjah 5 . haha , Syaza , Tain , Aidil , Firdaus dan ramai lagi . Masa darjah 5 ni mula mula datang sekolah pakai tudung . haha , selang je beberapa hari tudung pon tah kemana . dah semua kawan kawan perempuan masa tu tak pakai tudung pon . Haha , ustaz suruh pakai . Buat tak dengar je . Subhanallah . Haha , darjah 6 barulah ada keinsafan gitu . Pakai tudung macam minah senget -,- haha , biasalah bebudak lagi masa tu . Darjah 6 ? Lagilah takda life . kahkah . Kelas yang pernah dihuni oleh aku :

  • 1 Cekal
  • 2 Wawasan
  • 3 *tak ingat* haha
  • 4 Kreatif
  • 5 Kreatif
  • 6 Fokus .

Form 2

2007 , Masuklah aku ke alam persekolah yang baru . Sekolah menengah dah . Besar dah anak Chek Saat ni . Kat mana ? SMKBangsar . Sampai form 5 kat SMKB . Gilalah kalau tak cinta ini sekolah . 1 Kreatif kelas diberi . Form 1 best ! haha , kawan dengan tosey , Ikmal Hisyam , jyjye , Mar . Kitaorang kira satu genglah . Dan kitaorang amat tidak menyukai geng Mira Pakistan . Haha , Asik kena jelah diaorang . Wani pon selalu kena dengan tosey . Sampai form 5 wani kena dengan orang . Ohh , Mengapa semua orang tak suka wani oi . haha , tak baik mengaibkan orang . So tak payahlah aku cerita . Hihi . Kisah cinta ? haha , apa yang aku ingat . Form 1 dalam bilik komputer . Dah , takyah tahu . hehe :) Form 1 jugaklah cerita malu gitu . Toseylah punya pasal . Habis semua tahu . Awal awal tahun form 1 aku nampak budak berlesung pipit duduk kat depan meja cikgu , siapa ? haha 

Form 2 , 2 Jujur . Ustazah Hana guru kelas seperti gambar di atas . best ? bestlah kot . Jamuan form 2 lah best sekali . Tengah seronok seronok , Cikgu datang potong line . Bising sangat kot . Form 2 pon ada kisah memalukan . Cikgu BI ku sayang yang memalukan aku . haha , kenapa ? Tah dia tiba tiba . Kenapalah aku tak suka BI ? Dah sampai sekarang bodoh yang amat BI . Ye , sebab cikgu BI darjah 1 dah Form 2 . haha , aku yakin itulah sebabnya . 

Form 3 . Sedih :'/ kena tukar kelas . 3 Budiman . Nasib ada kawan . Fatin . Sepanjang tahun Fatin lah peneman aku . haha , Thanks ten ! Sumpah , pelik lah sikit nak bergaul dengan bebudak pandai ni . haha , form 3 lah start gatai . Dan dan je , tahun ni PMR tahun ni jugak nak usha usah abang abang form 5 . yang paling gila lagi , siap ada senarai gitu . Sesungguhnya itu memang mainan hidup . Tudung Singkat ? Bukan aku . Kain singkat ? Bukan aku . Stokin singkat ? Pernah . haha , Ramai kawan sekolah rendah aku perangai dah berubah lepas dorg naik sekolah menengah . 
Sampai sini saja cerita aku . Episod akhir ni . haha , Kenapa tak cerita pasal form 4 form 5 ? hmm , nantilah . sebab comfirm entry tu panjang .Banyak sangat kenangan . Sedih rasanya tinggal zaman persekolahan ni . Hari kantinlah hari paling aku suka dan hari yang boleh pakai baju cantik cantik , macam hari Raya . Rasa nak sekolah je balik :'/  Thankslah sudi baca :') Jangan lupa Like ! haha , Bai . Assalamualaikum . Tamat !



ASYIQIN   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan