Ahad, 20 Januari 2013

Zaman Persekolahan I .

Assalamualaikum :) 

First entry aku yang berepisod . haha , macam drama gitu . Zaman persekolahan ? Bebudak sekolah mesti cakap , cis kau mentang mentang dah habis form 5 . haha , oh relax dulu . Tiada unsur perli memerli dan takda kena mengena dengan yang masih hidup mahupon yang telah meninggal dunia . Haa , Poyo ayat tu qin . haha , Sebangai seorang suri rumah . Daripada duk tidur saja , baik update blog . Share share pengalaman . 

Tempat pertama aku panggil sekolah ialah Taski . Masa tu baru berusia 5 tahun . Pergi sekolah pakai baju warna hijau . Pakai tudung .Kat sinilah aku start pandai membaca sikit sikit . Kalau ABC tu mak dah ajar dari kecik . ohh , first time nak pergi sekolah tu mak kata liat lah jugak . Mengamuk sakan , sampai cikgu kurung aku dalam bilik dia . Haha , apa yang aku ingat . Aku tak nak pergi sekolah ni sebab 

1 , Ada satu budak perempuan ni dia suka cubit orang . senang cerita budak jahatlah gitu . haha 
2, Dalam tandas ada ayam . Haha , gila tak takut . Ayam tu terbang terbang gitu bila orang datang dekat . haha

Segala doa aku pandai time ni , Alhamdulillah mak hantar situ . Hasilnya , aku budak yang baik . haha *PERASAN*


Masa ni 5 tahun kot .
Okay , lepastu masuk tadika . masa tadika tak ingat apa . haha , sebab takda kenangan terindah agaknya . haha , berjumpalah kita nanti di siri kedua . haha .
Thanks for reading ~
ASYIQIN   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan