Khamis, 31 Januari 2013

Zaman Persekolahan III

Assalamualaikum ,

Ada permintaan gitu episod seterusnya . haha , kak Fana aku cakap , manada orang update pasal diri sendiri . Ni bukan cerita diri sendiri . Saja nak share kehidupan aku sebagai seorang pelajar gitu .  Haha . Kalau belum baca lagi episod I dengan dua II . Nah ini Zaman Persekolahan I , Zaman Persekolahan II .

Darjah 5 .
Aku tukar sekolah balik . Sekolah bangsar . Wah , Rindu gitu nak sekolah sini balik . Hmm , aku ada ramai kawan darjah 5 . haha , Syaza , Tain , Aidil , Firdaus dan ramai lagi . Masa darjah 5 ni mula mula datang sekolah pakai tudung . haha , selang je beberapa hari tudung pon tah kemana . dah semua kawan kawan perempuan masa tu tak pakai tudung pon . Haha , ustaz suruh pakai . Buat tak dengar je . Subhanallah . Haha , darjah 6 barulah ada keinsafan gitu . Pakai tudung macam minah senget -,- haha , biasalah bebudak lagi masa tu . Darjah 6 ? Lagilah takda life . kahkah . Kelas yang pernah dihuni oleh aku :

  • 1 Cekal
  • 2 Wawasan
  • 3 *tak ingat* haha
  • 4 Kreatif
  • 5 Kreatif
  • 6 Fokus .

Form 2

2007 , Masuklah aku ke alam persekolah yang baru . Sekolah menengah dah . Besar dah anak Chek Saat ni . Kat mana ? SMKBangsar . Sampai form 5 kat SMKB . Gilalah kalau tak cinta ini sekolah . 1 Kreatif kelas diberi . Form 1 best ! haha , kawan dengan tosey , Ikmal Hisyam , jyjye , Mar . Kitaorang kira satu genglah . Dan kitaorang amat tidak menyukai geng Mira Pakistan . Haha , Asik kena jelah diaorang . Wani pon selalu kena dengan tosey . Sampai form 5 wani kena dengan orang . Ohh , Mengapa semua orang tak suka wani oi . haha , tak baik mengaibkan orang . So tak payahlah aku cerita . Hihi . Kisah cinta ? haha , apa yang aku ingat . Form 1 dalam bilik komputer . Dah , takyah tahu . hehe :) Form 1 jugaklah cerita malu gitu . Toseylah punya pasal . Habis semua tahu . Awal awal tahun form 1 aku nampak budak berlesung pipit duduk kat depan meja cikgu , siapa ? haha 

Form 2 , 2 Jujur . Ustazah Hana guru kelas seperti gambar di atas . best ? bestlah kot . Jamuan form 2 lah best sekali . Tengah seronok seronok , Cikgu datang potong line . Bising sangat kot . Form 2 pon ada kisah memalukan . Cikgu BI ku sayang yang memalukan aku . haha , kenapa ? Tah dia tiba tiba . Kenapalah aku tak suka BI ? Dah sampai sekarang bodoh yang amat BI . Ye , sebab cikgu BI darjah 1 dah Form 2 . haha , aku yakin itulah sebabnya . 

Form 3 . Sedih :'/ kena tukar kelas . 3 Budiman . Nasib ada kawan . Fatin . Sepanjang tahun Fatin lah peneman aku . haha , Thanks ten ! Sumpah , pelik lah sikit nak bergaul dengan bebudak pandai ni . haha , form 3 lah start gatai . Dan dan je , tahun ni PMR tahun ni jugak nak usha usah abang abang form 5 . yang paling gila lagi , siap ada senarai gitu . Sesungguhnya itu memang mainan hidup . Tudung Singkat ? Bukan aku . Kain singkat ? Bukan aku . Stokin singkat ? Pernah . haha , Ramai kawan sekolah rendah aku perangai dah berubah lepas dorg naik sekolah menengah . 
Sampai sini saja cerita aku . Episod akhir ni . haha , Kenapa tak cerita pasal form 4 form 5 ? hmm , nantilah . sebab comfirm entry tu panjang .Banyak sangat kenangan . Sedih rasanya tinggal zaman persekolahan ni . Hari kantinlah hari paling aku suka dan hari yang boleh pakai baju cantik cantik , macam hari Raya . Rasa nak sekolah je balik :'/  Thankslah sudi baca :') Jangan lupa Like ! haha , Bai . Assalamualaikum . Tamat !



ASYIQIN   

Zaman Persekolahan II

Asslamualaikum :)

Jam menunjukkan pukul 12.08 AM . Tapi nak buat macam mana , mood tidur tah kemana . So ayuh kita update blog sambil lagu Payphone menemani . haha , dah baca tak entry sebelum ni ? Zaman persekolahan I ? Belum ? Bacalah dulu . Sebab ni cerita berepisod gitu :) haha .

Darjah 1 aku sekolah kat SK Bangsar . Ohh , sungguh tak boleh  lupa sekolah Bangsar masa dulu dulu . Turun tangga nak pergi kantin . berbeza sangat dengan SK Bangsar sekarang . Lepastu darjah 2 kena pindah . Dan bermualalah kehidupan aku di Desa Petaling . darjah 2 tak berapa nak ingatlah . Takda life , maklumlah sekolah baru le katakan . haha , kawan pon takda . 



Cari Sekolah Desa Petaling punya lencana tak jumpa . haha , macam tulah suasana kat Desa Petaling . Haish , rindu . Dah hampir 8 tahun tak pergi sana . Darjah 3 aku jadi penolong kelas gitu . haha , bebudak darjah 3 pon aku tak berapa nak ingat . Ingat kat Ikram je , sebab dia ketua kelas yang hampeh . haha , Darjah 3 jugaklah aku periksa no 2 gitu . Tu pon nak bagi tahu ke ? 

Dan darjah 4 sudah aku pada tahun 2006 . Aku cuma ada 2 je kawan masa tu , Fatin denga Nazura . Masa darjah 4 aku ni gediklah kot . Sebab ramai sangat orang tak suka kat kitaorang bertiga . haha , tak caye ? Tanya Marziatul Zaidah , dialah salah satu musuh ketat gua ~ haha , darjah 4 jugaklah aku ada peristiwa malu gitu . Okay ,biasalah budak budak . Main hantar hantar surat . Sebenarnya aku tak ingat pon . Tapi Sob yang cerita . Apak dia malu gua . haha , Sob jugak kata aku pernah tampar dia dulu . Gengster kan ? Sebab tampa tulah sob ingat aku . kalau tak ? Takda sapalah yang ingat aku agaknya . Penampar yang berkesan gitu qin . haha , darjah 4lah banyak kenangan . kalau nak cerita mmg panjang . tapi takpalah , insya-Allah kita bertemulah kat entry khas pasal darjah 4 . 

Sambung nantilah lagi eh ? Mcm dah panjang sgt je ni . haha , Thanks for reading :) 


ASYIQIN   

Ahad, 20 Januari 2013

Zaman Persekolahan I .

Assalamualaikum :) 

First entry aku yang berepisod . haha , macam drama gitu . Zaman persekolahan ? Bebudak sekolah mesti cakap , cis kau mentang mentang dah habis form 5 . haha , oh relax dulu . Tiada unsur perli memerli dan takda kena mengena dengan yang masih hidup mahupon yang telah meninggal dunia . Haa , Poyo ayat tu qin . haha , Sebangai seorang suri rumah . Daripada duk tidur saja , baik update blog . Share share pengalaman . 

Tempat pertama aku panggil sekolah ialah Taski . Masa tu baru berusia 5 tahun . Pergi sekolah pakai baju warna hijau . Pakai tudung .Kat sinilah aku start pandai membaca sikit sikit . Kalau ABC tu mak dah ajar dari kecik . ohh , first time nak pergi sekolah tu mak kata liat lah jugak . Mengamuk sakan , sampai cikgu kurung aku dalam bilik dia . Haha , apa yang aku ingat . Aku tak nak pergi sekolah ni sebab 

1 , Ada satu budak perempuan ni dia suka cubit orang . senang cerita budak jahatlah gitu . haha 
2, Dalam tandas ada ayam . Haha , gila tak takut . Ayam tu terbang terbang gitu bila orang datang dekat . haha

Segala doa aku pandai time ni , Alhamdulillah mak hantar situ . Hasilnya , aku budak yang baik . haha *PERASAN*


Masa ni 5 tahun kot .
Okay , lepastu masuk tadika . masa tadika tak ingat apa . haha , sebab takda kenangan terindah agaknya . haha , berjumpalah kita nanti di siri kedua . haha .
Thanks for reading ~
ASYIQIN   

Khamis, 17 Januari 2013

Sesi mengemas bilik .

Assalamualaikum :)

Masyuklah bebudak sekolah harini . Dapat RM100 gitu  . hehe , hulur hulur lah sikit . haha , bukan ini yang aku cuba ceritaka . Kahkah , ini hanya pendahuluan . Sebenarnya , semalam punya semalam . Mood rajin menjelma . Memandangkan bilik bersepah dengan segala kertas dan buku buku sekolah . masa untuk membuanglah segala yang tak pakai . Ewah , mentang mentang dah tak sekolah . haha , Simpan lah jugak buku buku yang aku perlu rujuk tatkala kena mengajar adikku . haha , seronok jugak mengemasni . tahutak aku jumpa duit ~ Takdalah beribu . Adalah dalam 50 ke atas . haha , akuni pon samdul . Pergi bagitahu mak .

Aku : mak , eqin jumpa duit .
Mak : kata mana ? banyak ke ?
Aku : kat dalam beg onedrop nina .
Mak : oh , tu nina punya . nanti bagi kat dia .
Aku : k . 

Haha , melepaslah duit yang cukup untuk aku main bowling 10 - 15 game . Sambunglah mengemas dengan lagu I wish - Ft Island berkumanang . Tiba tiba , haha .Takyah nak tiba tiba sangatlah Aku jumpa ini . Taraa ~


Ni buku fana , Ada semua nama alamat kawan kawan dia . Ada diari lagi okay . kahkah , terbahak bahak aku gelak baca buku ni . haha , agaklah buku Pokemon kak . Tak sabar nak tunggu hang balik ni . nak kasi hang baca diari masa darja 5 . hihi , sorry terbaca diari hang . Bukan sengaja . Fana ni banyak gila surat cinta dia . Ramai peminat konon . Berlori surat aku jumpa . Malaih nak baca je kak . haha . jumpa buku fana masa dia masuk pancaragam . 


Sambung sambung mengemas jumpa nani punya buku rekod masa darjah 6 tahun berapa tah . Klasik sangat buku rekod dia . tak jumpa punya zaman sekarang ni .


Klasikkan ? haha . Oh lagi satu jumpa nani punya kertas yang cikgu suh tulis cita cita tu . kahkah  , gelaklah jugak aku baca . 

haha , lagi bonggok akulah . Dalam banyak banyak hobi yang berfaedah . Aku pernah berhobi menyimpan benda ini . haha , ni rasanya hobi form 2 dulu . #ZamamKegemilangan 


Tiket bas metro qin ? haha , telakar lah hang ni . Banyak gila . Dan telah ku hapuskan didalam tong sampah . hehe . Oh , dahlah , panjang sangat ni . 
Thank You for reading :)
Bai ~